Thursday, July 11, 2013

Ayam Goreng Tartuffo

\
Hai semua. malam ni terasa nak makan ayam goreng tapi rasa bosan dengan ayam goreng biasa, jadi saya perap ayam dengan serbuk ketumbar, jintan putih, lada putih, lada hitam.hidangkan bersama cendawan tumis.

inilah rupa ayam setelah digoreng dan ditoskan minyak.
bahan-bahannya:
Ayam goreng
1/3 ayam (whole chicken bahagi)
bahan A:
2 sudu mkn tepung gandum
3 sudu mkn serbuk ketumbar
1 sudu serbuk jintan putih
1/2 sudu teh garam
1 sudu serbuk kari/serbuk rempah sup (jika suka)

2 biji telur ayam (gred B)
1 sudu serbuk kari/serbuk rempah sup (jika suka)
4 sudu mkn bread crumbs (jika suka)
4 sudu makan olive oil(extra virgin)

Cara membuat:
potong ayam kecil/besar mengikut saiz yang anda suka. toskan airnya selepas cuci ayam tersebut.
gaul ayam bersama garam, lada sulah dan lada hitam. biarkan selama 5 minit.
sementara menunggu, gaulkan semua bahan A dalam  satu bekas lain.

bancuh telur bersama secubit garam.

(minyaknye sedikit kerana kita akan masak sekali ayam dan cendawan di akhir nanti)
panaskan minyak dengan api sederhana, ambil seketul ayam, lumurkan dengan bahan A, kemudian berhati-hati lumurkan dengan bancuhan telur, dengan cepat masukkan dalam bekas berisi read crumbs tadi, masukkan ke dalam kuali goreng yang dipanaskan tadi.ulangi langkah tadi untuk semua ayam tersebut.balik-balikkan ayam setelah berwarna kekuningan.

sesambil menunggu ayam masak, bolehlah menumis cendawan butang .

3 sudu olive oil
10 kuntum cendawan butangdipotong 4
5 kuntum cendawan tiram, potong nipis-nipis.
 (5 hitam, 5 putih, jangan basuh cendawan, cuma kikis kulitnya yg kotor menggunkan pisau kecil)
2 biji bawang(potong dadu kecil)
setangkai parsley dicincang dan sebagai hiasan
garam secukupnya
3 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos lada hitam
1/4 cawan air 
2 ulas cili merah
setengah sudu teh tepung jagung maizena
2 batang cili padi (ikut suka)
1 sudu ricotta cheese

tumis bawang hingga naik  bau wangi, masukkan semua jenis sos, cili merah, garam,kacau rata.
masukkan cendawan.gaul rata, api kecil, sehingga cendawan mengeluarkan airnya.
masukkan cili padi, ricotta cheese dan sedikit air. gaul rata elakkan cendawan hancur..jangan kuat sgt gaul tu..

kemudian, setelah cendawan empuk, dan sebelum air kering, sedang-sedang gitu..masukkan parsley, dan tepung maizena tadi.(sila bancuh tepung dengan sesudu mkn air  untuk elakkan tepung berketul dlm masakan.

jangan lupa ayam tu,,,tengok-tengok jugak hehe..hangus nanti..

setelah siap, tuangkan cendawan tadi ke atas kuali gorengan ayam tadi, kecikkan api.biarkan selama 5 minit.siap untuk dihidangkan.hiaskan dengan seulas parsley.

selamat mencuba.






Wednesday, July 10, 2013

Mango float (my Style)


Assalamualaikum semua,

today im gonna share with you a simple, quick and of course easy recipe of mango float.
many people use different ingredients so here is the recipe;

100ml whip cream (non dairy)
1 quarter of mug size cup condensed milk
graham biscuits (i used munchy's cream cracker-cheaper)
sweet mango (2 or 3)chopped/sliced, either one you prefer
strawberries( or tepung kacang hijau/almond/peanuts) anything for your topping
1 tsp vanilla essence.

method:
add condensed milk and vanilla essence with whip cream, whisk until its shiny and fluffy :)- i just put both in the mixer.put aside.

1)in a square container, arrange nicely the biscuit too make a base.
2)put a layer of the cream mixture.
3)top with mango.

repeat step 1 to 3 for as many layers as you like. put in a chiller about 1 hour.
eat it with happiness :)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...